ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR

Alat Kemahiran Berfikir yang saya telah pilih ialah Peta Minda

Ini adalah contoh-contoh peta minda







        Saya telah memilih peta minda sebagai alat berfikir dalam kehidupan seharian saya. Hal ini kerana peta minda merupakan salah satu alat berfikir yang semakin popular dalam kalangan masyarakat yang berpendidikan terutamanya dalam golongan remaja yang masih belajar di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.


Sedikit pengetahuan berkaitan peta minda yang ingin saya kongsikan:....
  • Peta minda adalah  grafik dengan tajuk/isi utama diletakkan di bahagian tengah dan idea lain dikembangkan di sekelilingnya.
  •  Peta minda ini mula dicetuskan oleh Tony Buzan. 


Setiap alat mesti ada fungsi. Jadi tujuan utama atau fungsi peta minda ini ialah:..
  1. Untuk mengorganisasi idea dalam bentuk kata kunci dan gambar.
  2. Dapat membantu menghafal dengan mudah (mata dan otak bekerja dengan serentak)
  3. Dapat memaksimakan fungsi otak kanan (menggambarkan) dan otak kiri (menganalisis)
  4. Mengembangkan kreativiti organisasi persembahan idea.




No comments:

Post a Comment

Hari ini saya belajar membina blog menggunakan tapak Blogspot